Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

FAM akan cari jurulatih luar terbaik

PETALING JAYA – Gagal sekali..bukan bermakna gagal selamanya. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi jaminan mencari calon terbaik mengisi jawatan ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan.

Sekali pun masih dihantui kekecewaan mendapatkan bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum serik memburu khidmat jurulatih luar negara.

Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, terdapat beberapa nama jurulatih disenarai bagi mengisi kerusi panas Harimau Malaya termasuk satu atau dua pengendali berprofil tinggi dari Eropah.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, FAM sedang mencari dan masih menemuduga beberapa jurulatih seperti janji dibuat sebelum ini.

“Sekiranya kita mendapat cepat, kita akan membuat pengumuman secepat mungkin. Ini kerana kita perlu membuat persediaan secepat mungkin bagi menyiapkan pasukan menghadapi saingan Piala AFF Suzuki untuk kejuaraan yang akan berlangsung di Singapura atau Vietnam nanti.

Tidak mahu mendedahkan butiran jurulatih yang tersenarai, beliau menegaskan proses penilaian termasuk menemuramah calon-calon berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kedudukan pelantikan ketua jurulatih baharu sedang dalam pertimbangan dan turut mendapat perhatian Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada mesyuarat Eksekutif, hari ini.

“Memang ada beberapa nama jurulatih dari Eropah tetapi kita tidak boleh beritahu sekarang, calon yang disenaraikan kali ini terdiri daripada nama-nama baharu.

“FAM kalau boleh dalam hal ini mahu umum cepat siapa ketua jurulatih baharu kerana kita mahu melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki di Vietnam atau Singapura pada penghujung tahun ini.

“Pilihan yang kita mahu dapatkan ini mestilah mengikut kehendak FAM, maksudnya daripada segi sasaran dan persiapan yang kita mahu lakukan sepanjang tahun ini, jika kita berjaya capai keputusan, kita akan umum,” katanya.

Pengumuman yang dilakukan oleh Hamidin itu bermakna kemungkinan besar khidmat Datuk Ong Kim Swee tidak akan diteruskan sebagai pengendali tetap Harimau Malaya dan akan bersama skuad Harimau Muda A sebaik sahaja FAM berjaya mendapatkan calon bersesuaian.

Beberapa nama yang pernah dikaitkan selain Troussier adalah bekas pengurus AS Roma, Zdenak Zeman, Bob Houghton, bekas jurulatih India dan bekas pemain Perancis, Marcel Desailly.

Sebelum itu, FAM telah melancarkan kempen Love Football, Stop Hooliganism dilancarkan di Wisma FAM bagi memerangi budaya hooligan dalam saingan Liga Malaysia selain One Goal, iaitu satu kempen usahasama antara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FAM.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Tengku Abdullah selain dihadiri Pengarah Bahagian Pemasaran AFC, Stuart Ramalingam dan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Malaysia, Liew Tong Ngan.

Hamidin dalam masa sama menjelaskan, surat pertuduhan terhadap kes serangan pemimpin tertinggi Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas pemain import, Evaldo Goncalves dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo pada 1 Februari lalu belum dapat dikeluarkan kerana beberapa prosedur perlu dipenuhi.

“Sabar.. belum lagi siap, kita kena faham bukan senang hendak buat pertuduhan namun dalam masa terdekat, perkara ini akan diberitahu,” ujarnya lagi.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,