Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wanita parah dibakar bekas teman lelaki

Kuala Lumpur: “Saya nampak dia menyimbah sesuatu ke arah Saliza dan menyalakan api,” kata Som Dollah, 62, menceritakan nasib anaknya, Saliza Saidin, 29, yang melecur teruk di seluruh badan, dipercayai akibat dibakar bekas teman lelakinya, semalam.

Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di rumah dihuni Som dan Saliza bersama tiga anak mangsa berusia satu hingga lima tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini.

Akibat kejadian itu, Saliza yang juga ibu tunggal melecur hampir 85 peratus tubuhnya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan yang tidur bersama wanita itu di dalam bilik juga dirawat di HKL akibat melecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan.

PEGAWAI penyiasat bomba memeriksa rumah yang terbakar

Som yang turut melecur di tangan kanan berkata, dia mengenali suspek dan percaya lelaki itu bertindak membakar anaknya kerana berang akibat cinta ditolak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, suspek dikatakan datang ke rumah tersebut untuk bertemu Sarliza yang merupakan janda beranak tiga sebelum mereka berdua bertengkar.

Suspek kemudian beredar dalam tempoh beberapa minit sebelum datang semula dan terus masuk ke bilik Sarliza lalu mencurah petrol serta menyalakan api.

Dia yang melarikan diri melalui pintu utama rumah flat itu kemudian bertindak mengunci pintu jeriji besi.

Menurut jiran mangsa, Norizan Lazim, 49, jiran-jiran yang mendengar jeritan mangsa segera memecahkan pintu jeriji besi tersebut bagi mengeluarkan mereka yang terperangkap.

“Jiran-jiran yang menyedari kejadian tersebut juga menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan.

“Bomba yang tiba beberapa minit kemudian berjaya memadamkan kebakaran dan kesemua mereka yang melecur dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Comments

comments