Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Piala FA: ATM tidak rela kecewa lagi

Kuala Lumpur: Selepas dua musim terkandas di pusingan awal Piala FA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak rela nasib malang itu berulang kembali.

Peluang untuk skuad kendalian B Sathianathan menghapuskan badi itu kembali terbuka apabila mereka bakal berdepan Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Jika dilihat kepada rekod dua tahun lalu, ATM disingkirkan oleh dua pasukan dari Liga Super iaitu Perak dan Selangor dan kali ini undian menyaksikan mereka terpaksa melepasi halangan satu lagi pasukan dari liga utama itu yang bakal menjanjikan pertembungan sengit.

Menurut kapten pasukan Hairuddin Omar, biarpun moral rakan sepasukannya berada di tahap terbaik selepas memulakan kempen Liga Super dengan langkah kanan hasil kemenangan 2-0 ke atas Sarawak Sabtu lalu namun mereka tidak boleh memperlekehkan kekuatan Sime Darby yang cukup terkenal dengan jolokan ‘pembunuh gergasi’ dalam saingan kalah mati.

“Sudah dua tahun ATM tersingkir di pusingan awal jadi kami memang mahu menebus kegagalan itu untuk melangkah ke peringkat lebih jauh kali ini. Moral pasukan ini semakin baik selepas menang dengan Sarawak manakala Sime Darby pula kalah dengan Kelantan (2-1) pada perlawanan Liga Super.

“Tapi saya risau juga dengan rekod pertemuan dengan Sime Darby sebelum ini, kami ada menang dan ada kalah kepada mereka jadi kami perlu memberikan aksi lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun bagi Hairuddin yang turut dikenali dengan panggilan Hai-O agak terkilan kerana tidak dapat turun beraksi malam ini kerana masih belum sembuh daripada kecederaan hamstring namun berharap hajatnya itu mampu disempurnakan oleh rakan sepasukannya.

“Saya terpaksa berehat sekurang-kurangnya dua minggu lagi kerana kecederaan hamstring pada peha kanan masih belum pulih. Tapi saya percaya rakan-rakan yang lain mampu melaksanakan tugas dengan baik kerana saingan Piala FA ini antara tumpuan kami musim ini,” katanya. – HMetro

Saksikan perlawanan Piala FA secara live stream di sini.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,