Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

FAM, Troussier gagal sepakat

Kuala Lumpur: Semuanya tidak seperti diharapkan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa melupakan hasrat mendapatkan khidmat jurulatih bertaraf dunia Philippe Troussier (gambar) bagi membimbing Harimau Malaya.

Rundingan antara Troussier, 58, dengan tiga pegawai kanan FAM di ibu negara semalam dikatakan tidak mencapai persetujuan bersama sekali gus menyaksikan pertemuan kali ketiga antara kedua-dua pihak itu tidak membuahkan hasil.

Menurut sumber wartawan dari Perancis, soal tuntutan gaji lumayan bukan menjadi masalah buat FAM namun beberapa permintaan bekas jurulatih Jepun itu tidak dapat dipenuhi kerana dianggap keterlaluan.

“Ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui FAM sehingga menyebabkan rundingan mengenai kontrak bersama tadi (semalam) Troussier gagal.

Troussier tidak mahu FAM meletakkan indeks KPI kepadanya sebaliknya beliau mahu menentukan sendiri.

Beliau juga mahu kontrak yang ditawarkan kepadanya boleh ditamatkan bila bila masa olehnya jika tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara seperti permukaan padang, kemudahan, prestasi pemain ataupun pasukan.

Jika beliau meletak jawatan, FAM perlu menjelaskan pampasan baki kontraknya itu.

FAM mengadakan pertemuan dengan Troussier semalam di Kuala Lumpur. Ini merupakan pertemuan yang ketiga selepas di China dan Singapura.

FAM tidak mempunya masalah mengenai bayaran gaji kepada troussier sebanyak RM4.9 juta setahun tetapi tidak berpuas hati dengan permintaan melampau Troussier.

Masa semakin suntuk buat FAM kerana Harimau Malaya akan menentang pasukan Filipina pada 1 Mac depan dalam perlawanan persahabatan sebelum menentang Yaman pada kelayakan Piala Asia 4 hari kemudian.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,