Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Emma Maembong jadi mangsa penyeluk saku

Malang buat pelakon ini apabila hajat untuk berbelanja sakan bersempena perayaan hari Krismas baru baru ini tidak kesampaian apabila beg duit dan telefon bimbit miliknya dilarikan penyeluk saku dalam kejadian di Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin.

Dilaporkan yang kejadian tersebut menyebabkan Emma Maembong mengalami kehilangan kad kredit dan kejadian itu dipercayai dilakukan oleh warga asing yang sering melakukan aktiviti itu di sekitar kawasan tersebut.

Pengurus artis di Wirefame Entertainment memaklumkan kepada kami melalui Twitter yang Emma Maembong tidak mengalami kerugian atau hilang kerana sempat batalkan kad bank.

Difahamkan, berdasarkan kes-kes terdahulu, modus operandi sindiket tersebut terbahagi kepada tiga iaitu menyeluk saku ketika keadaan sesak, menoreh beg mangsa dan berpura-pura pengsan.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,