Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Amirul Hadi, Zaiza mengaku salah berkhalwat

Kuantan: Dua pemain bola sepak skuad Tok Gajah, Mohd Amirul Hadi Zainal dan Mohd Zaiza Zainal Abidin bersama pasangan mereka didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di sini, 10 September lalu.

Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Amirul Hadi, 27, Mohd Zaiza, 23, dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26 dan Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas mereka membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan dua pemain Pahang ditahan oleh pegawai penguatkuasa JAIP kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel.

Dua pemain berkenaan berusia dlam lingkutan 20-an ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi 12 September lalu.

Zaiza Zainal Abidin

Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.

Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.

Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguatkuasa Jaip mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.

Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an.

(Visited 15 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,