Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Rajagobal positif tewaskan Qatar, Zolkples cabar Safee

Kelana Jaya: Sedar Qatar bukanlah lawan yang mudah untuk dijinakkan, pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K Rajagobal akan menerapkan corak taktikal berbeza apabila bertemu lawan mereka itu pada kempen kelayakan Piala Asia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Selepas gagal meraih tiga mata ketika bertemu Bahrain pada perlawanan terakhir, Rajagobal tidak mahu cerita sama berulang apabila bertemu Qatar dan atas faktor itu, beliau sedia untuk mengubah corak taktikal anak buahnya.

“Selain menukar corak taktikal, kita akan turun dengan keyakinan dan keberanian yang tinggi. Saya tahu pemain sudah cukup bersedia dan ini adalah petanda baik kepada pasukan.

“Yang pasti kita akan bermain habis-habisan bagi memastikan dapat meraih keputusan yang bagus,” katanya pada sidang media semalam.

Rajagobal berharap anak buahnya dapat menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri.

“Kita kena sentiasa bersikap positif dan jangan takut dengan status lawan. Saya lihat walaupun kita kalah sebelum ini, pemain sudah mempamerkan persembahan yang baik,” katanya.

Beliau juga tidak mahu ambil pusing dengan beberapa bintang yang membarisi skuad Qatar, antaranya termasuklah penyerang sensasi mereka iaitu Sebastian Soria.

“Tumpuan kita membabitkan keseluruhan pasukan, bukan individu,” katanya.

“CORAK bertahan tidak akan menjamin kemenangan.”

Demikian tegas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan D menentang Qatar di Stadium Shah Alam malam ini.

Kenyataan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan kerana dalam setiap perlawanan bola sepak, seseorang jurulatih itu memang sudah mengetahui apa akibatnya jika mempamerkan corak bertahan.

Ia sebenarnya perkara asas dalam sukan dan rupa-rupanya Rajagobal menyedari hakikat tersebut.

“Saya tidak fikir bahawa kita memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri memandangkan Qatar tidak pernah bermain di sini.

“Pada pendapat saya, terdapat banyak perbezaan di antara kedua-dua pasukan dan masing-masing memiliki kelebihan tersendiri.

“Kemungkinan saya akan melakukan pertukaran dalam kesebelasan utama selepas kembali mendapat khidmat Mohd. Fadhli Shas meskipun pemain pertahanan itu masih belum cergas sepenuhnya.

“Saya harus optimis dan berharap para pemain menggunakan peluang sebaik mungkin pada perlawanan malam esok (malam ini),” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tambah Rajagobal, beliau turut memberikan amaran kepada barisan pemainnya agar berwaspada dengan kelibat pemain Qatar, Sebastian Soria yang sering kali mencuri tumpuan dengan prestasi cemerlang sepanjang kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Soria, pemain kelahiran Uruguay merupakan sandaran utama Qatar untuk memusnahkan gawang Harimau Malaya.

“Soria adalah pemain yang cukup merbahaya tetapi kami tidak boleh terlalu memberikan fokus terhadap satu pemain, sebaliknya kepada seluruh pasukan Qatar.

“Harapan kami adalah mahu mempamerkan aksi lebih baik berbanding Qatar dalam usaha mengutip kemenangan penting,” katanya.

Sementara itu ketua jurulatih Qatar Fahad Thani berkata, beliau sudah mengetahui segala-galanya mengenai skuad negara dan anak buahnya cukup bersedia menentang Malaysia.

“Sejak kali terakhir bertemu Malaysia pada Mac lalu, skuad anda mempamerkan peningkatan yang cukup baik.

“Tapi kami juga hadir ke sini dengan misi untuk meraih tiga mata dan sudah pasti tidak akan memberikan laluan mudah kepada Malaysia,” katanya.

Sementara itu  Datuk Seri Zolkples Embong mencabar Safee Sali dan rakan sepasukan membuktikan sesuatu malam ini. “Saya cakap apa yang benar.” Itulah pengakuan Datuk Seri Zolkples Embong sebagai jawapan kepada kritikan yang dilemparkan Safee Sali ke atasnya yang disifatkan tidak memberi sokongan moral kepada skuad Harimau Malaya selepas tewas 0-1 kepada Bahrain pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Manama, Jumaat lalu.

Malah, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu menuntut Safee dan rakan sepasukan bangkit membuktikan kenyataan yang dikeluarkan mengenai kemampuan Harimau Malaya adalah salah dengan tampil gah dan membenam Qatar dalam misi ‘hidup mati’ di Stadium Shah Alam, malam ini

Live streaming di sini.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,