Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

JDT ikat Figueroa 2 tahun

Johor Bahru: Selepas mengadakan beberapa rundingan, bekas pemain Boca Juniors, Luciano Figueroa bersetuju diikat selama dua tahun untuk beraksi bersama Johor Darul Tazim (JDT) pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kehadiran Figuero bakal memantapkan lagi barisan serangan skuad Harimau Selatan dalam pemburuan sekurang-kurangnya satu piala sama ada Liga Super atau Piala FA untuk mencari slot beraksi di Piala AFC 2015.

Figueroa dijangka tiba Sabtu ini (esok) dan akan bersama skuad JDT menjalani latihan bagi persiapan menghadapi musim baru Liga Super yang bermula 18 Januari ini, katanya ketika menyaksikan latihan skuad Harimau Muda A di Padang Polo di sini, semalam.

Langkah JDT mengikat Figueroa selama dua tahun selepas pemain import sebelum ini, Braulio Nobrega Rodriguez dari Sepanyol diserapkan dalam skuad Johor Darul Ta’zim II (JDT II) untuk mengharungi kempen Liga Perdana.

Agensi berita antarabangsa, AFP melaporkan nilai perpindahan Luciano Figueroa dari Panathinaikos FC ke JDT adalah berjumlah USD 1 juta dengan kontrak 3 tahunnya bersama Harimau Selatan itu bernilai USD 4.5 juta.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,