Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Piala Malaysia: Final sebelum final!

Kuala Lumpur: Pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Tentera dan Kelantan di Stadium Selayang, malam ini pasti sengit, tetapi ia mungkin berakhir dengan keputusan seri.Jika itu keputusannya.

Tentera kendalian B Sathianathan pasti menghadapi tugasan sukar untuk menghadapi aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 25 Oktober ini.

Final sebelum final! Inilah gambaran jurulatih ATM B Sathiananthan mengenai pertemuan pasukannya dengan Kelantan pada separuh akhir Piala Malaysia di Stadium MPS, Selayang, malam ini.

Sambil mengakui, The Red Warriors (TRW) memiliki kelebihan dalam semua aspek berbanding skuad bimbingannya, Sathiananthan berkata, anak didiknya tidak akan menyerah kalah sebaliknya memberi saingan getir kepada lawan malam ini.

“Jika berbicara mengenai kekuatan, Kelantan jauh lebih kuat daripada kami dan mereka membuktikannya dengan kemuncak prestasi ketika menewaskan JDT 6-1 pada separuh akhir kedua lalu, keputusan itu tentunya mendatangkan gerun kepada mana-mana pasukan,” kata jurulatih yang pernah membimbing Kelantan pada 2010.

Justeru, Sathiananthan berkata, beliau cukup berpuas hati jika ATM menang di Selayang tanpa mengira nasib pasukannya selepas perlawanan kedua di Kota Bharu.

PEMAIN ATM jalani latihan persediaan menentang Kelantan.

“Untuk perlawanan pertama, saya mahu pemain memberikan aksi positif kerana mereka yang memutuskan untuk beraksi di Selayang berbanding Shah Alam.

“Secara psikologinya juga, saya berpendapat pemain akan membuktikan sesuatu kerana ini pilihan mereka. ATM tidak pernah menunjukkan rasa gentar kepada mana-mana pasukan dan pemain saya akan sentiasa memberikan aksi terbaik sepanjang 90 minit permainan.”

Pengendali ATM itu turut menolak yang Kelantan tidak mampu kembali ke tahap prestasi seperti mengalahkan Johor DT, sebaliknya berkata: “Kelantan semakin bermotivasi menerusi kemenangan itu.

“Pengalaman Kelantan juga tidak boleh dipertikaikan. Mereka beraksi di final baik Piala Malaysia mahupun FA sejak 2010 dan sejak itu, barisan pemain adalah sama kecuali tonggak import.”

Jurulatih itu juga mengakui TRW memiliki kekuatan luar biasa yang disalurkan peminat mereka.

“Kelantan sebuah pasukan yang diurus dengan baik ditambah kekuatan penyokong kuat berdiri di belakang mereka.

“Jika dilihat sejak dulu, penyokong Kelantan melalui perubahan seiring dengan pasukan. Mereka lebih berdisiplin dan sabar, sentiasa menyokong pasukan walau dalam apa jua situasi.

“Ternyata evolusi penyokong Kelantan membantu prestasi pasukan mereka sekarang ini,” katanya.

Sementara itu spekulasi perpindahan beberapa tonggak utama Kelantan ke pasukan lain musim depan langsung tidak menjejaskan fokus Nor Farhan Mohamad untuk memburu gol penting dalam pertemuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pusingan pertama separuh akhir, malam ini.

Walaupun turut dikaitkan dengan perpindahan bersama Johor Darul Takzim (DT), musim depan, anak kelahiran Terengganu itu tetap bersemangat bagi memastikan Kelantan menang dalam perlawanan getir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu.

Nor Farhan berkata, perlawanan itu penting dan dia turut meminta rakan sepasukan bermain mati-matian menentang ATM.

Katanya, The Gladiators dibarisi ramai pemain berpengalaman seperti Hairuddin Omar, Shukor Adan, Rezal Zambry Yahya serta Marlon Alex James dan mampu mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Kelantan.

“Jika mahu menang, Kelantan mesti mengekalkan corak permainan konsisten dan jangan terlalu mengikut rentak lawan.

“Walaupun rekod bersih Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV (SSMIV) pernah tercalar selepas tewas kepada skuad bimbingan B Sathianathan itu, ia bukan halangan buat kami untuk menundukkan mereka,” katanya.

Nor Farhan meminta rakan sepasukan tidak bermain dalam tekanan, sebaliknya, terus mengekalkan rentak cemerlang seperti perlawanan bertemu Johor DT, baru-baru ini.

“Kita mampu mencatatkan keputusan cemerlang di MPS, sekurang-kurangnya seri atau memperoleh bekalan gol untuk dibawa pulang ke Kota Bharu.

“Saya juga meminta penyokong Kelantan terutama yang tinggal di Lembah Kelang supaya hadir memberi sokongan padu kepada pasukan,” katanya yang berharap diberi kepercayaan jurulatih Bojan Hodak untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Saksikan perlawanan ini secara live stream di sini.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,