Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Penyokong Sarawak mengamuk dengan trio Johara

MIRI – Deejay radio Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Premier Sarawak berhubung komen ‘cap ayam’ dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn. Bhd. (Astro Radio), Dr. Jake Abdullah berkata, beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

“Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan My FM ke Bandar Miri semalam.

Protes dari penyokong Sarawak pada perlawanan semalam

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

Semalam pihak ERA FM & ERA TV telah mengeluarkan kenyataan di Facebook rasminya bagi pihak Johan, Hanif dan Ray (JOHARA) berhubung kenyataan Ray dan Johan berkenaan pasukan Sarawak pada minggu ini tadi yang menyinggung perasaan peminat skuad Bujang Senang.
Cover Facebook ERA FM
Mengikut kenyataan ringkas yang disertai logo pasukan Sarawak, “#JoHaRa dengan rendah diri ingin memohon maaf diatas keterlanjuran kata yang telah menyinggung perasaan penyokong Sarawak. Kami dengan bangganya menyokong semua pasukan di Liga Malaysia.”
Selain daripada itu, difahamkan yang JOHARA telah bertindak memainkan lagu penyokong Sarawak di radio padi tadi (Jumaat), dan membuat satu panggilan khas kepada penjaring utama Sarawak, Bobby Gonzales.
Sebelum ini, Ray dan juga Johan telah dikatakan memperkecilkan pasukan Sarawak dengan mengapi-apikan kekalahan pasukan Sarawak kepada Perak pada hari Selasa lepas.
Dengan permohonan maaf itu, diharapkan hal ini selesai, dan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Comments

comments

, , , , ,