Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Suami simbah cuka getah cuba bunuh diri

Bau: Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut.

Kejadian di Kampung Pejiru di sini pada pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Christina Nyoeh, 43, cedera parah akibat melecur teruk di muka, tangan dan badan. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah pasar raya baru pulang makan angin di Sabah bersama lelaki Afrika tersebut.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, kejadian itu disyaki berlaku selepas suspek nekad hendak membunuh isterinya setelah tidak dapat menahan sabar.

“Sebelum kejadian, suspek menonton televisyen bersama lima anaknya manakala isterinya pula sedang nyenyak tidur di dalam bilik.

Berpunca daripada perasaan cemburu, seorang lelaki bertindak gila apabila menyimbah cuka getah ke muka dan badan isterinya sebelum cuba mengambil nyawa sendiri dengan minum racun, mengelar tangan serta membakar diri.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu yang berlaku di Kampung Pejiru, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin, umur pasangan suami isteri itu masih panjang selepas diselamatkan anak lelaki mereka yang berusia 20-an.

Namun, sumber polis berkata, lelaki berusia 49 tahun dan isterinya yang berusia 43 tahun kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS). Menurutnya, sebelum kejadian pasangan itu bertengkar dan si suami menuduh isterinya curang dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain ketika dia keluar bekerja. “Pertengkaran berlarutan beberapa minit sebelum lelaki itu mengambil cuka getah dan menyimbah ke muka serta badan isterinya yang berkerja sebagai jurujual itu,” katanya.

Sumber itu berkata, sebaik melihat isterinya menggelupur kesakitan, suspek panik lalu mengambil racun rumpai dan meminumnya selain mencederakan pergelangan tangannya sendiri.

Mangsa parah

Menurutnya, suspek yang juga pengawal keselamatan cuba membunuh diri kerana takut melihat isterinya yang melecur teruk di muka dan badan itu menggelupur kesakitan.

Bagaimanapun katanya, kejadian itu disedari anak lelaki pasangan terbabit yang terjaga daripada tidur selepas terdengar ibunya menjerit kesakitan.

“Anak pasangan itu keluar dari bilik dan nampak ibunya menggelupur kesakitan manakala bapanya meneguk sebotol racun rumpai cuba membunuh diri dengan masuk dalam Proton Saga miliknya dan membakar kenderaan itu.

“Bagaimanapun, mungkin tidak tahan dengan keadaan panas, lelaki itu keluar dan duduk di sisi keretanya. Kesempatan itu diambil anaknya yang menenangkan suspek sebelum menghubungi ambulans,” katanya.

Sumber itu berkata, pasangan berkenaan dihantar ke Hospital Bau jam 1 pagi semalam sebelum dirujuk ke HUS untuk rawatan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, pasangan terbabit kini kritikal dan dirawat di ICU HUS.

“Mangsa wanita melecur teruk di muka dan badan, malah berkemungkinan hilang penglihatan akibat disimbah cuka getah manakala suspek turut cedera di tangan selain tidak sedarkan diri,” katanya. Mohd Sabri berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak gila ke atas dirinya serta isteri sendiri, namun ia didorong perasaan marah serta terlalu emosi dalam menangani masalah rumah tangga mereka.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments