Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mangsa culik dibebas dalam keadaan bogel

Shah Alam: Seorang lelaki sedang minum bersama teman wanitanya di sebuah restoran ‘diculik’ sekumpulan lapan lelaki pada jam 3 pagi, semalam sebelum dibebaskan 90 minit kemudian dalam keadaan bogel.

Mangsa berusia 24 tahun dilarikan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard menggunakan nombor pendaftaran palsu sebelum dibawa ke kawasan hutan yang tidak diketahui lokasinya.

Suspek meminta wang pampasan RM6,000 daripada keluarga mangsa, namun hanya memperoleh RM3,000 sebelum mangsa dibebaskan di Kilometer 4.5 Lebuhraya DUKE, pada jam 4.30 pagi, hari sama.

Sumber berkata, sewaktu dibebaskan mangsa ditemui seorang pengguna lebuh raya dalam keadaan bogel dengan kesan cedera di kepala dan muka.

Adakah ini berkaitan dengan kisah penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Sumber yang diterima memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi.

Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.

Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa dilarikan.

Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.
Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit.

Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”

Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama.
Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.

Mana satu yang betul?

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments