Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Uruguay buat Brazil lebih matang

Belo Horizonte: Brazil percaya aksi sukar yang terpaksa mereka hadapi sebelum menewaskan Uruguay pada separuh akhir Piala Konfederasi, kelmarin mampu menjadikan pasukan itu lebih matang dan meraih pengalaman berguna bagi menghadapi pusingan akhir Piala Dunia 2014.

Brazil dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 2-1 ke atas Uruguay tetapi jurulatih pasukan, Luiz Felipe Scolari dan barisan pemain berkata, banyak perkara positif yang mereka pelajari daripada perlawanan itu.

“Kami terus meningkatkan lagi prestasi. Seluruh pasukan menunjukkan peningkatan dan ini yang kami dapat lakukan apabila berdepan pasukan seperti Uruguay dan Itali.

“Apabila kamu beraksi menentang Uruguay ia adalah perlawanan yang berbeza kerana permusuhan di antara kedua-dua pasukan ini dan ia membuatkan kami sedikit gementar,” kata Scolari.

Cesar turut senada

Sementara itu, penjaga gol Brazil, Julio Cesar yang menyelamatkan sepakan penalti ketika perlawanan terikat tanpa jaringan turut senada dengan Scolari dengan berkata, kemenangan yang diraih ke atas Uruguay adalah sangat penting bagi membuatkan pasukan itu lebih matang pada masa depan.

Pauliho muncul wira Brazil apabila meledak gol kemenangan empat minit sebelum tamat perlawanan.

Anak buah Scolari berdepan misi getir pada aksi final apabila turun menentang juara Piala Dunia, Sepanyol awal pagi Isnin ini yang mara selepas menewaskan Itali 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan pada aksi separuh akhir awal pagi semalam. – AP

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,