Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Suara menteri kritik FAM!

Kuala Lumpur: Adakah cabaran dilaungkan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin sebagai usaha memperlekeh sistem perundangan badan induk bola sepak negara itu?

Ini kerana Shahidan yang baru mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kini tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam persatuan sukan dan usaha FAM cuba menggantungnya walaupun dia sedang menjalani penggantungan, dianggap sebagai kerja sia-sia.

Mungkinkah kritikan terbaru Shahidan itu tidak lagi boleh dikategorikan sebagai melanggar Artikel 88, sebaliknya hanya kritikan seorang menteri yang pernah memegang jawatan dalam persatuan sukan. Mungkinkah FAM terpaksa mengkaji terlebih dahulu kenyataan terbaharu Shahidan itu sebelum mengambil tindakan lanjut.

Mahu uji FAM

Bekas Menteri Besar Perlis yang kelihatan seperti sudah berpatah arang dengan FAM yang menggantungnya 30 bulan berserta denda RM39,000 Februari lalu, seakan mahu menguji sejauh mana persatuan itu mampu melarangnya daripada bersuara.

Berpandukan arahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melarang Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen daripada memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan sukan sejak 2007, jawatan Shahidan dikira terlucut secara automatik dalam mana-mana persatuan sukan selepas dia dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Atas dasar itu, mungkinkah kritikan terbaru Shahidan itu tidak lagi boleh dikategorikan sebagai melanggar Artikel 88, sebaliknya hanya kritikan seorang menteri yang pernah memegang jawatan dalam persatuan sukan.

Mungkin disebabkan itu, FAM terpaksa mengkaji terlebih dahulu kenyataan terbaharu Shahidan itu sebelum mengambil tindakan lanjut.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib (FAM), Ednan Othman, berkata badan induk itu perlu melihat sama ada tindakan boleh diambil terhadap Shahidan atau sebaliknya, memandangkan bekas menteri besar Perlis itu, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri. [BH]

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,