Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Perancis haram rokok elektronik di tempat awam

Paris: Perancis akan mengharamkan penggunaan rokok elektronik di semua tempat awam dan mengawalnya sama seperti rokok biasa.

Menteri Kesihatan Perancis, Marisol Touraine berkata, rokok elektronik bukan produk biasa dan perlu diletakkan di bawah kawalan seperti rokok tembakau.

“Maksudnya, kerajaan akan pastikan ia tidak digunakan di tempat awam, penjualannya dikawal daripada pengguna kurang daripada 18 tahun dan pengeluar produk itu tidak boleh mengiklankannya,” katanya.

Pengumuman itu mencetuskan kemarahan di kalangan penjual dan pengguna alat berbateri itu.

Tidak seperti rokok biasa, produk elektronik itu menggunakan cecair nikotin yang berubah menjadi wap apabila disedut. Ketika ini rokok elektronik dibenarkan diguna di bar dan restoran serta tempat awam lain, berbeza daripada rokok tembakau yang diharamkan sejak lima tahun lalu.

Penjual berkata, kira-kira 500,000 orang menggunakan rokok elektronik di Perancis ketika ini. Seorang daripada penjual produk itu, Darren Moon berkata, dia akan menutup kedai jika larangan itu berkuat kuasa.

“Saya mungkin akan berpindah ke tempat lain yang tidak mengharamkan penggunaannya,” katanya. – Daily Mail

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments