Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

‘Bukan tanggungan FAM!’

Kelana Jaya: “Bukan tanggung jawab FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) jaga dapur rumah orang lain.” Itu kenyataan tegas Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang tidak senang dengan tindakan segelintir pihak mengecam badan induk itu seperti bersikap lepas tangan dengan membiarkan pasukan mereka dihimpit masalah kewangan.

Menurut Azzuddin, FAM sudah menghulurkan geran tahunan RM350,000 kepada setiap pasukan Liga Super dan RM250,000 (Liga Perdana) dan tuduhan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim, badan induk bola sepak tanah air itu langsung tidak membantu, silap.

Shahidan yang sebelum ini digantung 30 bulan dan didenda RM39,000 selain dilucutkan status sebagai Presiden PFA mengeluarkan kenyataan itu kerana didorong rasa kecewa apabila terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membiayai gaji pemain skuad Singa Utara.

“FAM ada memberikan peruntukan tahunan kepada pasukan Liga Super dan Liga Perdana, selain itu setiap pasukan ada pengurusan sendiri dan sudah menjadi tugas mereka mencari dana,” kata Azzuddin.

Selain itu sidang media ‘khas’ Azzuddin selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA semalam turut hangat dengan isu kedudukannya sebagai peneraju utama sekretariat dipersoal kerana didakwa gagal menguruskan dengan baik hingga FAM menjadi mangsa kecaman pelbagai pihak.

Bagaimanapun Azzuddin yang mengisi kerusi panas itu pada September 2007 atas lantikan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah menyatakan pendiriannya untuk tidak berundur selagi terus mendapat kepercayaan pemimpin tertinggi.

“Tiada pihak boleh paksa saya berundur kerana saya berada di sini mengikut statut FAM. Selagi Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah) tidak bertitah untuk berundur, selagi itu saya akan terus berkhidmat.

“Tugas di sekretariat hanyalah melaksanakan keputusan dibuat jawatankuasa tertentu dan saya tidak terbabit membuat keputusan,” katanya.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menerusi laporan akhbar tempatan sebelum ini menyifatkan kewibawaan FAM semakin dikecam dan mendakwa Azzuddin sebagai punca masalah itu. [HMetro]

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,