Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Transkrip lengkap mesyuarat FAM ke 24

Berikut adalah transkrip lengkap daripada mesyuarat tentang insiden yang berlaku antara Pahang dan Johor Darul Takzim.

Datuk Hamidin Mohd Amin telah bercakap di sidang media pada hari Rabu, jam 6 petang di Wisma FAM, Kelana Jaya:

“Setelah kejadian malam tadi saya telah mengambil inisiatif, saya telah maklumkan kepada setiausaha Datuk Haji Ahmad Fuad untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa pertandingan tempatan kali ke 24 pada hari ini jam 2 petang untuk membincangkan atau menyelesaikan perlawanan yang tertangguh semalam yang mendapat sensasi dari pihak media hari ini dan semalam.”

“Perkara ini bagi saya perlu diselesaikan secepat mungkin untuk keterangan kepada kedua-dua pasukan, penyokong dan juga semua pihak media.”

“Setelah mesyuarat hampir lima jam tadi yang telah memanggil referee assessor, semua pengadil yang terlibat semalam, Encik Syed Azhar Bin Syed Kamal dan empat lagi pegawai perlawanan bersama Datuk haji ahmad fuad selaku match comissioner pada malam tersebut dan juga telah memanggil kedua-dua pegawai dan setiausaha, wakil-wakil mereka hadir daripada Pahang yaitu Encik Fuzzemi dan juga Datuk Omar hadir selaku naib presiden Pahang FA. Encik Fahmi dari persatuan bola sepak Johor dan juga wakilnya pun hadir dengan pegawai-pegawainya telah memberi penerangan.”

“Jawatankuasa pertandingan telah berpuas hati setelah semua yang hadir membincangkan semua dengan terperinci dan mengikut peraturan pertandingan di dalam Liga Malaysia yaitu peraturan pertandingan liga Malaysia buku satu dan juga organisasi teknikal perlawanan dan melihat secara keseluruhan kejadian pada malam tersebut di mana saya perlu menyatakan ke bawah duli yang maha mulia Tuanku Presiden Sultan Haji Ahmad Shah Presiden FAM yang telah berangkat semalam dan menunjukkan sportmanship Tuanku untuk turun berjumpa dengan para penyokong semalam untuk cuba menyelesaikan masalah semalam.”

“Berikut adalah keputusannya. Di dalam kejadian ini, ada beberapa kesahalan dan sudah tentu perlawanan tersebut tidak dijalankan. Pertama pasukan tuan rumah pahang didapati bersalah. Saya ingin menerangkan dalam buku pertama yaitu peraturan pertandingan dan organisasi teknikal perlawanan yang melibatkan statute berikut: perkara 1.11, perkara 2.1, perkara 38, 38.1, 38.2 dan juga tanggungjawab pasukan tuan rumah perkara 49.2 dan akhir sekali apa jua keputusan jawatankuasa pertandingan tempatan adalah murtamad, yaitu perkara 8.1.”

“Saya ingin maklumkan kepada pihak media bahawa beberapa penyokong yang didapati dari Johor telah cedera, dari laporan yang menyatakan mereka kene batu dan juga kami ingin maklumkan pasukan Johor telah balik yaitu tidak menunggu atau meninggalkan stadium sebelum 90 minit masa menunggu dan pasukan ini telah balik pada masa 9:50 malam masa menunggu adalah 10:15 masa terakhir tetapi ada beberapa perkara yang baik yaitu tiada pergaduhan di luar atau di dalam pun mungkin daripada awal keadaan itu dan dijangka penyokong Johor daripada laporan adalah seramai 2,000 orang. Kekuatan Polis pada malam itu adalah 320 orang termasuk dengan 2 troop FRU yaitu seramai 120 orang.”

“Pihak jawatankuasa telah mendapati, dan mendapat laporan dari kedua-dua pasukan dan pegawai-pegawai perlawanan sebanyak empat pintu telah pecah sebelum perlawanan dimulakan, dijangka dalam jam 8:30 atau 8:35 malam yaitu pintu 7, pintu 5, pintu 11 dan pintu 14 dimana mangga pintu telah dirosakkan dan banyak penyokong telah masuk kedalam tanpa tiket dan kelambatan daripada pasukan tuan rumah dan juga untuk menghubungi pegawai keselamatan terlambat, inilah yang mengakibatkan pertandingan tersebut ditunda dan penyokong kedua-dua pasukan itu masuk dan melimpah ke trek di kawasan perlawanan.

Pintu perlawanan telah dibuka pada pukul 6 petang dan kita telah melihat dengan semua laporan dari kedua-dua pasukan dan jawatankuasa tadi telah menghantar surat yang mengarahkan Persatuan Bola Sepak Pahang untuk melihat kalau ada apa-apa unsur lain yang menyebabkan penyokong melimpah begitu ramai tetapi setakat apa yang kita dapat dari laporan inilah keputusannya.”

“Oleh demikian jawatankuasa pertandingan berperihatin kerana ini nampak fenomena baru di dalam bola sepak kita ini. Hari itu kita hampir terjadi di Johor perlawanan tersebut lewat tetapi dapat dijalankan, lewat 25 minit tetapi kali ini langsung tidak dapat dijalankan. Ini tidak pernah jadi dan begitu lama kerana alasan ini.”

“Kalau alasan hujan lebat dan yang serupa kita memahami tetapi ini tidak boleh. Kita telah memikirkan apa perkara yang kita boleh mempertingkatkan untuk masa akan datang.”

“Keputusannya begini, jawatankuasa pertandingan telah menilai daripada semua aspek telah membuat keputusan based daripada saya katakan tadi ada empat atau lima para yaitu 1.11, 2.1, 38, 38.1, 38.2, 49.2 dan 8.1, telah bersetuju untuk memainkan semula perlawanan tersebut.”

“Perlawanan tersebut akan diadakan yaitu pada 1 haribulan Jun yaitu hari Sabtu pada pukul 4:15 petang di mana pasukan Pahang masih lagi menjadi tuan rumah tetapi pengeluaran keselamat dan juga pengeluaran tiket di bawah pengeluaran FAM yaitu pengerusi jawatankuasa tiket yait Datuk S. Sivasundram.”

“Tiket yang lama yang telah dibeli boleh ditebus semula di pejabat Persatuan Bola Sepak Pahang dan tiket baru akan kita keluarkan pada hari Sabtu ini. Tiket akan mula dijualkan pada 9 pagi di Stadium Bukit Jalil dan diteruskan sehingga hari Sabtu.”

“Yang kedua, esok Datuk S. Sivasundram dengan jawatankuasa tiket dan polis dan pegawai yang terlibat dengan stadium akan bermesyuarat untuk melincinkan dari segi penyelarasan.”

“Tiket berharga RM$15 all round semua sama dan Pahang FA akan menanggung untuk dua malam kepada pasukan Johor untuk hotel pengangkutan dan juga makanan untuk 9 double room 7 single room seperti dalam peraturan pertandingan.”

“Kita buat pertandingan tersebut petang kerana kita telah dapat confirmation bahawa Bukit Jalil malam tidak dapat dikeluarkan kerana lampu sedang diperkaiki untuk prepare for the final. Jadi mungkin untuk hari Sabtu ini tidak ada kesempatan, hanya awal baru sempat dan Shah Alam telah dibooking.”

“Kita kira Bukit Jalil adalah tempat yang sesuai dimana para peminat dapat hadir untuk menyaksikan perlawanan ini. Kita berharap, dan saya telah maklumkan kepada kedua-dua pasukan untuk menghasilkan demi peminat-peminat perlawanan yang berkualiti tinggi dan saya kira Stadium Bukit Jalil adalah yang terbaik yang kita boleh buatkan pada 1 Jun.”

“Pemain pasukan kebangsaan dilepaskan untuk serta-merta untuk pasukan Pahang dan juga pasukan Johor pada hari ini dan akan kembali untuk membuat latihan pada hari Ahad selepas perlawanan untuk mereka berada dengan pasukan masing-masing.”

“Kepada Johor Darul Takzim, jawatankuasa pertandingan tempatan telah meneliti ada dua kesalahan telah dibuat yaitu pasukan meninggalkan stadium 90 minit sebelum masa menunggu yaitu jam 9:50 malam.”

“Kedua, penonton berada di dalam trek sebelum perlawanan. Denda sebanyak $20,000 dikenakan kepada pasukan Johor.”

“Pasukan Pahang, keselamatan, game tertangguh, penonton di atas trek sebelum perlawanan, sebahagian penyokong telah menyerbu masuk untuk meluru ke arah penyokong Johor tetapi dapat dikawal oleh pihak berkuasa – telah dikenakan maksimum oleh jawatankuasa pertandingan, maksimum $100,000 kepada Pahang FA di samping perlawanan ini dimain di tempat yang berkecuali.”

“Saya mohon penyokong pada hari Sabtu ini dapat hadir dan boleh bekerjasama untuk memberikan sokongan dengan baik.”

Apabila ditanya, apa yang mungkin menyebabkan insiden ini, Datuk Hamidin menjawab:

“Berdasarkan laporan, tiket habis dijual, habis dalam setengah hari. Jumlah stadium tersebut telah dibaiki, telah diubahsuai baru-baru ini untuk SUKMA di Pahang dan boleh dibenarkan sebanyak 32,500 para penyokong.

Jualan tiket persatuan bola sepak Pahang telah mengeluarkan tiket grandstand RM$22 sebanyak 1,100. Untuk tiket biasa RM$12 sebanyak 32,222. Tetapi mungkin banyak penyokong di luar yang tidak dapat tiket dan masih mengharapkan masuk dan mungkin itu yang menyebabkan kekangan pintu tersebut, mungkin hingga dipecahkan untuk mereka masuk. Tetapi yang baik tiada provokasi.” [Foxsports]

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,