Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Semoga FAM lebih cemerlang – Shahidan

Kangar: “Saya harap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan lebih cemerlang dengan pelantikan Setiausaha Agung baru bagi menggantikan individu sedia ada.”

Begitu kata bekas Presiden Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim mengu las peletakan jawatan Datuk Azzuddin Ahmad yang bakal melepaskan jawatannya hujung bulan depan.

Beliau berkata, individu baru bagi jawatan itu diharap menjadikan badan induk bolasepak negara lebih cemerlang.

“Azzuddin dinaikkan pangkat ke AFF kerana khidmatnya di FAM tidak lagi sesuai bukan kerana beliau bagus.

“Tindakannya menghukum pimpinan Persatuan Bolasepak negeri sejak beberapa tahun lalu menjadikan FAM lebih kelam kabut, terutama pertuduhan di bawah Artikel 88 kepada beberapa individu yang bagus dalam FAM,” katanya.

Menurut Shahidan, beliau menganggap Azzuddin tidak cemerlang dalam FAM dan tidak perlu dinaikkan pangkat walaupun dilantik sebagai Setiausaha Agung AFF kerana ia adalah entiti berlainan.

Ketika ditanya mengenai pengganti sesuai bagi jawatan kosong itu, Shahidan mencadangkan Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengisi kekosongan itu.

“Beliau disenangi dan mudah dibawa berbincang selain suka bergaul di setiap peringkat pimpinan sama ada negeri dan pusat,” katanya.

Sementara itu, beliau menyokong keputusan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik balik peletakan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ).

“Namun, kenapa hanya beliau sahaja dipujuk Presiden FAM, kenapa tidak dilakukan kepada semua presiden yang dikenakan tindakan disiplin?.

“Jika sikap ‘double standard’ seperti pujuk memujuk bagi sesetengah individu dilakukan, ia bakal mewujudkan dua kumpulan presiden di kalangan persatuan negeri sama ada bukan elit dan elit.”

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,