Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Demo hantar duit syiling, Shahidan bawa FAM ke Mahkamah


Imej dan reputasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus tercalar apabila kira-kira 40 penyokong dan peminat bola sepak Perlis mengadakan demonstrasi aman di depan bangunan badan induk bolasepak negara itu di Kelana Jaya, pagi semalam.

Penyokong yang datang dari segenap pelusuk Perlis itu hadir bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap FAM yang menjatuhkan hukuman gantung 30 bulan dan denda RM39,000 terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim, 20 Februari lalu.

Mereka yang membabitkan segenap lapisan masyarakat, termasuk warga emas mengadakan demonstrasi kira-kira 15 minit dengan melaungkan kata-kata seperti ‘FAM tidak adil’, ‘FAM pilih bulu’, ‘FAM berat sebelah’, ‘Tukar Setiausaha Agung’ dan ‘Rombak FAM’ selain membawa sepanduk.

Menurut wakil kumpulan terbabit, Abdul Halim Abdullah Sunny, kehadiran mereka dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri secara sukarela itu bertujuan melahirkan kekesalan terhadap tindakan FAM menghukum Shahidan yang dianggap ‘bapa pembangunan sukan’ negeri terbabit.

Sementara itu, Datuk Seri Shahidan Kassim mengikut jejak bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang membawa kes hukuman gantung yang dikenakan Jawatankuasa Tatatertib FAM ke mahkamah.

Beliau yang kini menjadi penasihat PFA menegaskan sudah melantik peguam untuk meneliti kesnya.

“Saya sudah lantik peguam untuk meneliti hukuman yang dikenakan kepada saya. Saya minta kes ini dibawa ke mahkamah untuk menilai keputusan yang dibuat sah atau tidak. 

 

“Saya percaya keputusan saya ini disokong peminat bola sepak negara. Dalam masa sama, saya sedang berusaha mengadap Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah untuk berbincang mengenai hukuman yang dikenakan kepada saya,” katanya pada sidang media semalam.
 
Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini menjatuhkan hukuman gantung dua setengah tahun dan denda RM 39,000 ke atas Shahidan kerana kesalahan mengkritik FAM dan melanggar Artikel 88.

Tidak halal

Mengulas tindakan penyokongnya yang membayar denda RM39,000 dengan menggunakan duit syiling, Shahidan menyambut baik dengan tindakan itu. ‘

“Baguslah. Janji kita sudah bayar. Tetapi macam saya cakap, saya tidak halal semua wang itu,” katanya.
 
 
(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,