Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Liga Super: Pahang gagal raih tiga mata, Selangor pintas

 
PAHANG gagal mempertahankan kedudukan teratas Liga Super selepas tewas 0-3 kepada LionsXII dalam saingan keenam di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
 
Dengan kekalahan itu, Pahang turun ke tangga ketiga dengan mengumpulkan 12 mata hasil enam perlawanan setakat ini.
 
Selangor pula mara ke tangga teratas dengan mengumpul 13 mata setelah menewaskan Kelantan 2-0. Selangor melengkapkan perlawanan keenam semalam di Stadium Shah Alam.
 
Dalam perlawanan itu, tiga gol Lions XII disumbangkan oleh Faris Ramli pada minit ke-14, Safuwan pada minit ke-64 sebelum Fazrul menutup tirai jaringan pada minit ke-76.
 
Di Stadium Larkin, Johor Darul Takzim (JDT) mengatasi T-Team 1-0 untuk menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul 11 mata.
 
 
Penyerang import JDT, Daniel Guiza menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan gol tunggal bagi memastikan kemenangan menjadi milik mereka.
 
Sementara itu, misi Negeri Sembilan untuk mencatatkan kemenangan pertama tidak kesampaian apabila hanya terikat seri 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Paroi.
 
Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka tirai jaringan awal menerusi Firdaus pada minit ke-34.
 
Begitu pun kerapuhan benteng pertahanan Negeri Sembilan membawa padah apabila Nor Fazly meledak gol penyamaan pada minit ke-89 untuk memastikan ATM tidak pulang dengan tangan kosong.
 
Keputusan ini nyata mengecewakan penyokong skuad Rusa yang selama ini menunggu kebangkitan pasukan kegemaran mereka.
 
Pada perlawanan sebelah petang, PKNS berjaya menundukkan Felda United 3-1 dalam aksi di Stadium Petaling Jaya.
 
Highlight Liga-M di sini.
 
Berikut keputusan Liga Super:

Felda United 1 3 PKNS
 
Lions XII 3 0 Pahang
 
Negeri Sembilan 1 1 ATM
 
Johor Darul Takzim 1 0 T-Team
 
 
 
 
 
 
(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,