Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Uji Rashid rasa diperkotak-katikkan

WALAUPUN kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27) sudah empat hari berlalu namun perasaan yang bergolak dalam hati penyanyi popular era 1970-an, Uji Rashid apabila namanya digugurkan daripada membawakan lagu ciptaan dan dendangan Yuna, Terukir Di Bintang, pada majlis anugerah tersebut nampaknya masih belum reda.

Uji merupakan orang pertama yang mengetahui mengenai penarikan diri Yuna daripada AJL27 kerana Yuna sendiri menghubunginya untuk menggantikan dirinya membawa lagu Terukir Di Bintang pada majlis anugerah lagu tersebut.

Ironinya, Uji juga merupakan orang terakhir yang diberitahu tentang pengguguran namanya daripada menyanyikan lagu tersebut.

Kepada Kosmo!, Uji meluahkan perasaannya mengenai perkara tersebut.

Kosmo!: Bolehkah komen mengenai isu nama anda digugurkan daripada menyanyikan lagu Terukir Di Bintang pada AJL 27?

UJI: Saya berasa terkilan dan rasa kejam sangat mereka lakukan perkara ini kepada saya. Perkara sebegini tidak pernah berlaku lagi ke atas saya. Bukan kita yang bermasalah. Saya tetap beri komitmen walaupun ketika itu saya tidak sihat.

Kenapakah anda tidak sihat? Adakah anda sakit?

Cuma kurang oksigen. Saya kena masuk wad selama empat hari tetapi bila diminta menggantikan Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang, saya minta kebenaran doktor untuk keluar hospital.
Siapakah yang meminta anda untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang?

Yuna sendiri yang meminta saya menyanyikan lagunya. Malah dia juga ada mengatakan jika saya menolak, dia akan menarik diri menyertai AJL 27.

Bilakah anda diberitahu sudah digugurkan nama daripada membawakan lagu itu pada AJL 27?
Pada 2 Januari lepas saya datang untuk latihan. Sepatutnya pada 4 Januari juga saya perlu datang untuk latihan penuh tetapi pada 3 Januari, pihak TV3 meminta saya datang untuk satu mesyuarat tetapi sebenarnya untuk mengatakan saya telah digugurkan untuk membawakan lagu itu.

Sedangkan ketika itu, Aizat sudah datang untuk latihan dan pihak media sendiri sudah tahu Aizat menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu tersebut. Saya pula baru diberitahu selepas semua orang sudah tahu. Rasa macam diperkotak-katikkan pula.

Khabarnya anda digugurkan kerana ketika latihan anda tidak mampu menyanyi lagu tersebut? Benarkah?

Siapa mereka yang boleh menilai saya mampu nyanyi atau tidak. Saya masih boleh menyanyi. Cuma, saya ada beritahu Datuk Ramli MS semasa latihan yang saya baru keluar hospital dan dalam keadaan yang masih lagi belum pulih. Sebagai orang lama dalam industri seni suara, saya sendiri boleh menilai sama ada saya mampu menyanyi atau tidak. Jika saya tidak mampu menyanyi kenapa sehingga kini saya masih lagi dipanggil untuk persembahan.

Khabarnya persiapan juga sudah diaturkan, malah pakaian untuk anda malam itu juga sudah disiapkan?

Ya. Hatta Dolmat sudah menyiapkan dua helai baju saya, malah solekan artis juga sudah ada. Siapa mahu bayar kerugian mereka?

Siapakah sebenarnya yang menggugurkan nama anda? Adakah pihak TV3 atau Yuna sendiri?
Saya dipanggil oleh pihak TV3 dan yang bercakap mengenai nama saya yang digugurkan itu juga adalah daripada pihak TV3. Mereka mengatakan ia adalah hasil perbincangan dengan pihak atasan. [KM]

Comments

comments

, , ,