Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jozan Bergelar Juara & Bawa Pulang RM500,000

Walaupun sehingga saat akhir para peminat masih tertanya tanya akan kehadiran Johan untuk melengkapkan persembahan Jozan, kehadiran beliau dalam keadaan masih sakit seakan terubat.

Jozan yang di’anggotai Zizan Razak & Johan berjaya bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2012 yang merupakan musim kedua — membawa pulang RM500,000 dan trofi kejuaraan sumbangan Astro.

“Terima kasih kepada Zizan yang mengekalkan Jozan berada diatas sepanjang saya tiada — dan terima kasih kepada Prince Court (Medical Centre) yang menjaga saya & membenarkan saya keluar”

Tempat kedua berjaya diraih oleh Jambu dan membawa pulang RM250,000 manakala tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Shiro yang membawa pulang RM125,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Boboi yang merupakan naib juara persaingan musim pertama hanya mampu berpuashati dengan tempat keempat & wakil Indonesia, Say Who melengkapkan senarai pemenang di tempat kelima.

Tahniah buat Jozan yang tampil penuh kelakar dalam persaingan akhir bertemakan Freestyle & Muzikal ini. [RK]

Comments

comments

, , , ,