Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Di Maria puas dengan kemenangan

Pemain tengah Real Madrid Angel Di Maria menyatakan bahawa kemenangan 5-0 ke atas Valencia berjaya membidas beberapa kritikan.

Di Maria telah menjaringkan dua gol apabila rakan sepasukan Cristiano Ronaldo menambahkan dengan lagi dua mata selepas Gonzalo Higuain berjaya membuka tirai perlawanan untuk mengurangkan jarak bersama Barcelona ke 15 mata dengan menewaskan Los Che.

“Saya telah melalui perlawanan yang hebat. Kami berjaya membidas beberapa kritikan,” Di Maria berkata kepada laman web rasmi pasukan.

Beliau menambahkan: “Kami berjaya memulakan perlawanan dengan baik. Ia amat penting untuk mengekalkan prestasi sepanjang perlawanan. Terdapat beberapa perlawanan yang agak sukar dan ada juga yang mudah tetapi kali ini, kami telah bermain dengan baik di mana kami kerap berjuang walaupun telah mendapat cukup mata.

“Ia merupakan kemenangan yang penting dan juga telah mengurangkan jarak mata dalam kedudukan.”

Real telah bertemu Valencia pada tengah minggu dengan kelebihan dua mata sebelum ke perlawanan kedua dalam saingan Copa del Rey. Pemain antarabangsa Argentina itu menjangkakan ujian yang lebih sukar di Mestalla nanti.

“Perlawanan pada hari Rabu akan tampil sengit,” beliau berkata.

“Ia adalah perlawanan piala dan mereka bertekad untuk menang dari mula. Saya mengharapkan bahawa kami dapat mengulangi prestasi yang sama dalam perlawanan nanti.

Beberapa peminat Valencia juga telah meluahkan kemarahan apabila kedua-dua pasukan meninggalkan padang pada separuh masa pertama. [ES]

Highlight perlawanan di sini.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,