Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Model mat salleh kekasih hati Yuna

Siapa gerangan jejaka mat salleh yang tampan lagi hensem ini? Masa kami pergi ke acara Urbanscapes minggu lepas, nampak juga kelibat jejaka hensem ini di sana, mengusung kamera kehulu kehilir.

Apabila melihat gambar lelaki ini bersama penyanyi kesayangan Malaysia, Yuna, kami terkejut juga. Wow! Hehe. Jejaka tampan ini bernama Jules Schratter yang baru berusia 23 tahun dan katanya jurugambar rasmi Yuna. Hanya kawan biasa saja ke Yuna?

Julian Schratter dilahirkan pada tahun 1989, di San Mateo, California, USA. Merupakan seorang model dan jurugambar profesional. Jejaka yang mempunyai ketinggian 6 kaki ini pernah menjadi model untuk  “PREF magazine”, “Moscanueva”, “DNA magazine, “Dolce & Gabbana”, “Vivienne Westwood”, “DSquared”  dan banyak lagi. Jeng jeng jeng.

Kawan rapat atau…. hehe! Tapi kalau lebih dari kawan baik pun, kami SUKA! Suka sebab nampak sepadan dengan Yuna. Dah lah hensem, nampak macam cool je orangnya. Yuna pun single dah kan? Tapi nampaknya Yuna kenalah ajar dia makan dengan tangan macam orang kita kan? Jom tengok gambar-gambar Jules dan juga Yuna!

Dengan datuk Yuna ke ni?
(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

comments

,