Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bapa dakwa anak dipaksa mengemis

KUALA LUMPUR – Seorang bapa mendakwa anak perempuannya yang dilarikan seorang pelesit rempit sebelum ditemui dikurung di dalam bilik hotel di Jalan Tun Razak di sini kelmarin dipaksa menjadi pengemis oleh satu sindiket yang didalangi mak nyah bergelar Umie.

Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, mendakwa, maklumat itu diperoleh selepas dia memujuk anaknya, Raja Nor Hidayah, 16, atau Dayah untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku sepanjang dia dilarikan.

 

            “Saya dimaklumkan, anak saya dan dua gadis itu dibawa menaiki teksi ke lokasi berkenaan untuk mengemis.

“Ketika mengemis, mereka membawa sekeping kertas tertera gambar seorang wanita berbadan gempal yang kononnya memerlukan derma bagi mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya,” dakwanya sambil memberitahu gambar itu merupakan gambar Umie, 50-an, yang merupakan dalang sindiket tersebut. [KM]

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments