Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

2 lelaki pukau jurutera kebas RM5,000

KUALA LUMPUR: Seorang jurutera kerugian RM5,000 yang baru dikeluarkan daripada mesin juruwang automatik (ATM) selepas dipukau dua lelaki yang baru dikenali di bangunan KL Sentral, di sini, kelmarin.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fairuz, 40, berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu selepas mengeluarkan wang dia didatangi dua suspek yang mempelawanya menyertai peluang perniagaan.

“Saya bagaikan diarah untuk mengikuti setiap arahan mereka dan selepas dipelawa minum dalam sebuah restoran di KL Sentral, saya tanpa sedar memasukkan wang yang baru dikeluarkan dari akaun saya ke dalam akaun lain.

“Mereka turut mengambil resit transaksi itu dengan dakwaan kononnya sebagai bukti pelaburan dalam perniagaan mereka sebelum meninggalkan saya bersendirian di kawasan itu,” katanya, semalam.

Menurutnya, selepas bingung ditinggalkan bersendirian dia balik ke pejabatnya sebelum membuat keputusan untuk menunaikan solat Asar.

“Ketika mengambil wuduk baru saya tersedar dan mendapat tahu sudah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun orang lain.

“Saya percaya dipukau dan bagi mengelakkan orang lain menerima nasib sama, saya membuat laporan di Balai Polis Brickfields untuk tindakan lanjut,” katanya. [HM]

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments