Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Safiq selesa dengan Gary, Amar

Kapten pasukan Malaysia Safiq Rahim bersedia untuk digandingan dengan Amar Rohidan atau Gary Robbat di bahagian tengah pada perlawanan dengan Singapura.

Corak permainan di bahagian tengah Harimau Malaya tidak sama sejak Gurusamy mengalami kecederaan awal tahun ini.

Sejak itu, Safiq telah diganding dengan Amar Rohidan atau Gary Robbat dari Harimau Muda.
“Tidak kisah siapa saya digandingkan di tengah nanti. Itu keputusan jurulatih. Bagi saya, saya tidak perlu mengubah cara permainan saya kerana mereka berdua mempunyai peranan yang sama.

“Saya selesa dengan kedua-dua pemain. Saya sudah biasa beraksi dengan Amar kerana kami bersama sejak di peringkat remaja dan sejak Gurusamy cedera, saya telah beraksi beberapa kali dengan Gary.” kata Safiq.

Safiq turut memberitahu kedua-dua pemain adalah pemain yang berkualiti dan pasukan mempunyai pilihan yang baik pada setiap perlawanan.

Saksikan perlawanan AFF Suzuki Cup secara streaming di sini

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,