Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

PSY terima sijil Rekod Dunia Guinness

LONDON: Penyanyi sensasi Korea Selatan, PSY menerima sijil Rekod Dunia Guinness ketika ditemuramah di studio Radio 1 BBC di sini, semalam.

PSY, yang terkenal dengan lagu Gangnam Style menerima sijil berkenaan selepas mengalahkan LMFAO dan Justin Bieber untuk ‘Like’ paling banyak bagi video dalam YouTube. Video Gangnam Style mencatatkan 4,911,081 ‘Like’ sejak mula dimuatnaikkan pada 15 Julai lalu.

“Saya begitu teruja,” kata PSY yang nama sebenarnya Park Jae-sang selepas menerima sijil berkenaan. “Inilah sijil pertama saya. Saya tidak pernah menerima sijil di sekolah,” katanya. – Agensi

(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments

,