Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Patung Lance Armstrong akan dibakar

EDENBRIDGE: Model bekas jaguh lumba basikal, Lance Armstong dengan lencana ‘ Jim Fix It For Me’ akan dibakar di depan beribu-ribu pengunjung pada malam unggun api hujung minggu ini.

Patung itu juga menggambarkan Armstrong memegang poster berbunyi: “Untuk dijual, basikal lumba tidak lagi diperlukan.” Langkah itu diambil selepas tujuh gelaran perlumbaan Tour de France dilucutkan daripada pelumba berusia 41 tahun itu kerana kesalahan dadah.

Bagaimanapun, lencana yang dikalung pada leher Armstrong, akuan pencabulan seks terhadap kanak-kanak ke atas mendiang Jimmy Savile, mencetuskan kebimbangan ia mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Pembakaran patung berkenaan akan memburukkan lagi reputasi Armstrong kerana ia akan mengaitkan imejnya dengan Jiimy Savile, orang yang dipercayai polis Britain sebagai lelaki paling banyak melakukan kesalahan seks di negara itu.

Jurucakap Persatuan Bonfire,, Mark Young berkata: “Lance Armstrong sudah pasti menjadi penyangak terbesar dalam sukan. Orang ramai di seluruh dunia merasa ditipu olehnya.” Patung itu akan disumbat dengan kertas surat khabar yang sudah direndam dengan minyak tanah sebelum dibakar. – TS

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

,