Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

NUS tamatkan biasiswa pelajar papar aksi seks

SINGAPURA: National University of Singapore (NUS) mengambil tindakan menamatkan biasiswa kepada penuntut yang memaparkan aksi seks dengan teman wanitanya, Alvin Tan.

Straits Times Singapura dalam laman webnya semalam melaporkan, penuntut Malaysia yang juga pemegang biasiswa Asean itu bagaimanapun tidak dibuang daripada universiti berkenaan.

Namun difahamkan, penuntut terbabit perlu membayar yuran penuh tanpa subsidi sebagai pelajar asing sekiranya mahu meneruskan tahun akhir jurusan undang-undang universiti berkenaan.

Tindakan itu susulan perbahasan hangat di Parlimen Singapura mengenai perbuatan pelajar berkenaan.

Menteri Pelajaran Singapura, Heng Swee Keat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pelajar berkenaan yang disifatkan ‘tidak layak sebagai seorang pemegang biasiswa’.

Comments

comments

, ,