Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Aidil mohon maaf

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan menerima kesalahan yang dilakukan menentang Hong Kong dan memohon maaf kerana mengecewakan pasukan.

Aidil telah melakukan kesilapan apabila hantarannya kepada Khairul Fahmi Che Mat telah disambar oleh Lam Hok Hei yang kemudian menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan.

Walaupun telah mendahului 1-0 hasil jaringan Safee Sali, Malaysia masih gagal mendapatkan kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan apabila hanya seri 1-1 dengan Hong Kong semalam.

Bercakap kepada Sports247.my, Aidil akui kesilapannya dan berharap untuk bangkit semula: “Saya minta maaf kerana menghampakan pasukan. Saya terima kesalahan itu dan berharap untuk lebih profesional dan bangkit semula.” kata Aidil.

“Kami bukannya terjejas kerana tertekan. Tekanan sentiasa ada dan kami harus bijak mengatasinya.”
Jurulatih Datuk K.Rajagobal juga percaya kesilapan itu adalah kerana komunikasi antara dua pemain itu gagal. Namun beliau yakin mereka akan melupakan kesilapan itu.

“Kesilapan berlaku. Pemain berpengalaman juga buat kesilapan. Mereka akn bangkit dari kejadian ini.” kata Rajagobal.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,