Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Gangnam Style catat rekod Guiness

PENYANYI Korea Selatan yang mencipta fenomena seluruh dunia dengan pantas menerusi lagunya yang berjudul Gangnam Stye, Psy kini tersenarai dalam Buku Rekod Dunia Guinness.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Guinness, klip video Psy didapati memperoleh status ‘like’ paling banyak atau disukai oleh penonton dalam sejarah laman sosial YouTube.

Ketika mendapat pengiktirafan baru-baru ini, klip video Psy mendapat sebanyak 2,141,758 like sehingga minggu lalu. Klip yang memaparkan tarian kuda itu mula dimuat naik sejak 15 Julai lepas.

Selain Gangnam Style, klip video milik kumpulan LMFAO iaitu Party Rock Anthem mendapat 1,574,963 like, Baby yang dinyanyikan oleh Justin Bieber (1,327,147 like) dan Rolling in The Deep oleh Adele (1,245,641 like) sehingga minggu lepas.

Pengurus Komunikasi Guinness, Dan Barrett menjelaskan bahawa kejayaan yang diraih Psy itu merupakan satu fenomena luar biasa dunia hiburan.

“Seperti tidak masuk akal apabila dia berjaya meraih penonton yang begitu ramai. Dalam tempoh tiga bulan dia meraih lebih dua juta like di YouTube,” katanya seperti dipetik soompi.com.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,