Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Aaron Aziz Bakal Jadi Penyampai Radio ERA fm

KUALA LUMPUR – Sebelum menyambut Aidilfitri, pelakon kacak, Aaron Aziz disahkan bakal bergelar penyanyi apabila figura ini telah melakukan kolaborasi secara berduet dengan kumpulan Sleeq menerusi sebuah lagu berjudul Salam Semua.

Terbaru, Aaron Aiz dilaporkan bakal mengembangkan lagi bakat seninya dengan menjadi penyampai radio Era FM. Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh pengurus saluran Era FM, Nazri Noran, pagi tadi.

“Mulai Jumaat depan iaitu 14 September 2012, Aaron bakal mengendalikan segmen Doktor Cinta ditemani seorang lagi penyampai radio iaitu Shac. Segmen selama dua jam ini akan disiarkan bermula jam 9 malam hingga 11 malam.

“Menerusi segmen ini, Aaron akan menjawab panggilan daripada peminat yang menghadapi masalah serius dalam bercinta. Segmen ini juga menggantikan segmen Dr Love,” katanya kepada murai.com.my.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,