Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Zalaegerszegi Ikat Malaysia

Malaysia diikat seri tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan keduanya bertemu kelab divisyen dua Hungary iaitu Zalaegerszegi TE awal pagi tadi.

Perlawanan ini diadakan di Stuben, Austria dengan kehadiran penonton seramai 100 orang.

Permainan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Walaupun pasukan tuan rumah mempunyai banyak peluang di depan gol Malaysia namun kawalan pertahanan pasukan negara agak membanggakan.

Pasukan tuan rumah menggandakan asakan pada separuh masa kedua permainan dan hampir meyumbat gol tunggal permainan pada min ke-51 namun bola terkena tiang gol.

Pasukan Malaysia cuba mengawal permainan dan mencari gol namun pertahanan Zalaegerszegi bijak membaca gerakan serangan Malaysia.

Pasukan Zalaegerszegi TE mula dikenali di peringkat eropah kerana beraksi cemerlang sehingga pada kejohanan UEFA Champion League 2002/03 sehingga berjaya mengalahkan Manchester United pada pusingan ketiga.

ZTE FC: Vlaszák – Simonfalvi – Budovinszky – Smith – Hajdu – Szalai – Horvath – Grbic – Matthew – Jasarevic – Pavicevic (Penksa, Frizoni, Balazs, Babati and Kocsis)

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,