Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tiada tawaran rasmi untuk Gary

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee telah menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa Gary Robbat telah ditawarkan ujian di kelab Jerman, FC Cologne.
Baru-baru ini terdapat beberapa khabar di ruangan internet yang mengatakan pemain Harimau Muda, Gary Robbat akan ke Jerman pada bulan Oktober ini untuk menjalani ujian selama tiga minggu.
Selain Gary, kapten Harimau Muda, Irfan Fazail turut dikaitkan dengan tawaran ujian di Hamburg.
Namun, tiada pengesahan dari mana-mana pihak tentang kedua-dua tawaran ini sehingga hari ini.
Ong Kim Swee menegaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang makluman rasmi dari sesiapa tentang Gary.
“Jika benar Gary telah ditawarkan ujian di Jerman, langkah yang biasa adalah ejen yang mempunyai lesen FIFA harus memaklumkan kepada FAM terlebih dahulu.
“Selain dari khabar-khabar di internet, pihak kami tidak ada menerima apa-apa tawaran rasmi untuk Gary.” kata Ong Kim Swee.
Tambahnya lagi: “Tetapi saya tahu ada sesetengah pihak yang cuba berlaku pandai dan mengambil kesempatan ke atas kami.
“Mana-mana kelab yang berminat dengan pemain kami harus menghantar surat rasmi kepada kami.”
Sementara itu, Gary Robbat turut akui tidak menerima tawaran atau surat rasmi dari mana-mana pihak tentang ujian di Jerman.
“Saya hanya dengar tentang ujian ini dari internet. Saya tidak tahu dari mana mereka tahu tetapi saya tidak ada terima apa-apa tawaran rasmi dari kelab itu,” kata Gary.
Harimau Muda kini di Brunei untuk menyambung saingan Liga Singapura menentang Brunei DPMM malam ini.
(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,