Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Gary Steven Robbat Bakal Ke FC Koln

Ini merupakan satu berita baik buat peminat bola sepak tempatan dan juga perkembangan yang cukup baik untuk arena bolasepak negara kita.

Seorang lagi pemain kita akan merantau ke eropah bagi menjalani ujian bersama kelab disana.

Pemain berkenaan adalah Gary Steven Robbat, beliau yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam perlawanan persahabatan menentang Kelab EPL, Arsenal tempohari selain menerima pujian dari pengurus kelab berkenaan, Arsene Wenger telah menerima tawaran dari kelab Jerman untuk menjalani ujian pemilihan disana.

FC Koln, kelab liga divisyen dua (Germany – 2.Bundesliga) menawarkan ujian pemilihan selama 3 minggu untuk Gary disana. Berdasarkan beberapa sumber, Gary Steven Robbat akan kesana pada Oktober nanti. Semoga segalanya berjalan lancar dan diharap Gary mampu berikan yang terbaik. Pastinya selepas ini semakin ramai anak muda Malaysia akan diberi peluang yang sama pada masa akan datang.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,