Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Azwan Ali ketepikan Dato’ Fazley

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2012: Setelah 4 tahun tidak berkarya, pengacara dan produser sensasi, Azwan Ali kembali mengarah dan menerbitkan sebuah telemovie raya berjudul Lemang Sebatang yang bakal ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada 21 Ogos jam 4 petang.

Bagaimanapun, memandangkanLemang Sebatang banyak menampilkan barisan personaliti daripada Masterchef Selebriti Malaysia terutamanya Angak Raja Lawak yang telah menjadi tunjang utama dalam cerita ini , timbul pula suara sumbang mengatakan telemovie ini sengaja mengenepikan juaranya ialah Dato’ Fazley Yaacob, atas alasan kononnya Azwan bermasam muka dengan penyanyi, pelakon serta pakar motivasi tersebut.

Pun begitu, sebelum berangkat ke Mekah, Azwan Ali menegaskan dia tiada terniat sekalipun untuk mengenepikan Fazley, sebaliknya cerita Lemang Sebatang ini sememangnya dibuat khusus untuk Angah.

“Idea untuk membuat drama ini datang semasa saya menyertai Masterchef Selebriti Malaysia lagi. Ianya juga banyak ada kena-mengenakan dengan program berkenaan. Nama-nama pelakon yang terlibat ini adalah pelakon yang tersenarai sebelum muncul juara lagi.

“Saya pun membuat skrip mengikut artis yang terlibat. Kalau tidak silap, saya mendapat idea ini selepas seminggu menyertai Masterchef Selebriti Malaysia. Jadi, saya rasa isu saya mahu ketepikan Fazley tak timbul langsung.

“Cerita ini adalah kesinambungan karya saya sebelum ini seperti Lontong, Sambal dan Serunding yang mana kesemuanya menggunakan nama-nama juadah hari raya. Ia berkonsepkan komedi dan muzik. Saya yakin, karya ini akan sehebat karya saya terdahulu,” katanya kepada murai.com.my.

Tambah Azwan lagi, telemovie ini teramat istimewa baginya kerana ia disiarkan sewaktu dia menjalani ibadah tawaf widak di Mekah.

“Setelah Astro melamar dan berbincang dengan saya untuk membuat drama ini, saya rasa ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Saya pun sudah lama tidak buat kerjasama dengan Astro. Sungguhpun tawaran yang saya terima ini agak lewat, namun saya tetap menyahutnya sebagai cabaran dan rezeki Allah.

“Saya persiapan untuk penggambarankurang daripada seminggu. Untuk watak dan pelakon, Astro sendiri yang mengenal pastinya. Jadi, bukan saya seorang saja yang memilih pelakon. Lagipun, pihak penerbitan tidak mahu drama ini kelihatan seperti reunion Masterchef,” jelasnya.

Pelakon yang terlibat dalam Lemang Sebatang ialah Syanie, Rosnah Mat Aris, Zul Yahya, Farouk Hussein, Tomok, Sharifah Shahira, So Winci, Tanuja, Zaibo, Karl Shafek, Mak Jah dan penampilan Azwan Ali sebagi cameo.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,