Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Rozaimi Mungkin Gagal Ke Thailand

NIAT pemain muda, Rozaimi Abd Rahman mencuba nasib bersama kelab liga utama Thailand, BEC Tero Sasana memberikan satu lagi perkembangan positif kepada bola sepak tanah air namun ia tidak semudah yang diharapkan.

Sama ada sedar ataupun tidak, tindakan Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) membenarkan Rozaimi dipinjamkan ke Selangor untuk beraksi secara pinjaman bagi kempen Piala Malaysia bermula hujung bulan depan menyulitkan rancangan membawa pemain berusia 19 tahun itu menjalani ujian percubaan selama seminggu dalam tempoh terdekat ini.

Ini kerana, BEC Tero Sasana berminat mendaftarkan Rozaimi sebelum tempoh perpindahan pemain ditutup 4 Ogos ini bagi membantu pasukan yang kini menduduki tangga keempat Liga Perdana Thailand itu mengharungi kempen pusingan kedua liga.

Menurut sumber ejen kelab itu, beliau terkejut apabila Rozaimi menandatangani kontrak bersama Selangor Khamis lalu ketika perbincangan sedang dilakukan.

“Saya ada menghubungi Rozaimi Isnin lalu dan dia menyatakan minat mengenai tawaran ini namun katanya perkara itu perlu dibawa ke perbincangan majikannya Sabah.

“Saya hubungi Setiausaha Agung Safa, Alijus (Sipil) Rabu lalu mengenai perkara ini dan terkejut pada keesokan harinya keluar berita Rozaimi menandatangani kontrak bersama Selangor.

“Urusan ini menjadi rumit kerana sekarang saya kena bincang dengan Selangor mengenai perkara ini,” katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan, Rozaimi yang meledak 10 gol pada pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun di Yangon, Myanmar kini menjadi buruan kelab naib juara Liga Juara-Juara Asia 2002.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,