Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Trump mahu saman Miss Pennsylvania

 

NEW YORK: Ketua organisasi pertandingan ratu cantik Miss Universe, Donald Trump berjanji akan menyaman jelitawan Sheena Monnin semalam selepas dia mendakwa pertandingan Miss USA yang diadakan baru-baru ini sudah diatur.

Perbalahan mengenai pertandingan itu yang menyaksikan wanita cantik berpakaian gaun labuh dan bikini di depan juri bermula apabila Sheena, Ratu Pennsylvania yang berambut hitam mendedahkan dalam Facebook bahawa dia mendapat tahu peserta lima teratas dipilih “sebelum pertandingan bermula lagi”.

“Saya tidak mahu lagi mempunyai kaitan dalam cara apa sekali pun dengan organisasi yang saya anggap penipu, kurang bermoral, tidak konsisten dan teruk dalam kebanyakan hal,” tulisnya dalam facebook, sebagaimana dilaporkan akhbar New York Daily News.

Tulisannya mengenai perkara itu kemudian dibuang, tetapi puluhan penyokongnya meninggalkan mesej mengucapkan tahniah kepada Sheena atas pendiriannya.

Trump menegaskan juri nyata bebas dan mengecam Sheena sebagai seorang yang kecewa dan berjanji akan menyamannya. – NYT

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

,