Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kelab Utama Thailand Buru Rozaimi

Rozaimi diburu!

Kelab dari liga utama Thailand iaitu BEC Tero Sasana sedang berusaha untuk mendapatkan pemain muda pasukan B22 negara iaitu Rozaimi Abd Rahman sebagai penyerangnya.
BEC Tero Sasana merupakan kelab yang tidak asing lagi dalam pertandingan AFC Champion League dan pernah muncul sebagai naib juara pada tahun 2002. Ketika ini mereka menghuni tangga ke-4 liga perdana Thailand.
Kelab dengan nama gelaran “Dragon Fire” ini sedang memburu pemain luar untuk memperkemaskan pasukan mereka dan Rozaimi menjadi pilihan mereka.

Difahamkan wakil kelab akan mula mengadakan rundingan pada Julai ini untuk mendapatkan Rozaimi.

Pengurusan kelab terpukau dengan aksi Rozaimi yang mempunyai kemahiran yang tinggi, kawalan bola yang baik dan tindakan penyudah yang berkesan.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,