Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Yuna Bawa Qi Dalam Muzik Video

Jika diimbas suatu ketika dahulu penyanyi bersuara unik ini sukar mahu berkongsi kisah peribadi. Lebih-lebih lagi soal cinta. Namun, kebelakangan ini Yuna diperhatikan bersikap lebih terbuka dan tidak malu-malu lagi bercerita tentang percintaannya dengan Qi Razali.

Terbaru, penyanyi yang sedang popular dengan lagu ‘Terukir di Bintang’ ini turut menampilkan Qi dalam video muzik terbarunya ‘Sparkle’. Walaupun tidak secara fizikal, namun kehadiran foto Qi pada permulaan dan penghujung video itu dilihat sebagai sesuatu yang cukup comel. Ia seolah-olah membayangkan kehadiran bunga-bunga cinta di hati pasangan popular ini.

Mengulas tentang perkara itu, Yuna yang ditemui di tayangan perdana muzik video itu baru-baru ini memberitahu dia menggunakan foto Qi kerana ingin nampak lebih realistik kerana lelaki itu sememangnya dekat dengan dirinya.

“Sebelum penggambaran video muzik ini bermula, pihak produksi telah memberitahu saya mereka sedang mencari foto seorang model untuk digunakan dalam video muzik itu. Tapi, saya bagi cadangan supaya gunakan gambar Qi sahaja kerana ia nampak lebih realistik dan semulajadi.

Qi pun tidak ada masalah apabila saya maklumkan mahu gunakan fotonya. Bukan hendak menunjuk-nunjuk, tetapi saya mahu video muzik ini dekat dihati peminat yang selalu menyokong saya selama ini. Lagipun, idea penghasilan video diperolehi daripada sumbangan idea peminat yang menyertai kempen ‘Projek Sparkle’ yang dianjurkan oleh Samsung Malaysia Electronics,” ulas Yuna.

Dalam masa yang sama, Yuna juga sempat menafikan yang dia suka menyembunyikan kisah cintanya sebelum ini. Jelas penyanyi ini, dia bukan mahu tidak mahu mengaku atau bercerita, tetapi dia berpendapat kisah percintaannya dengan Qi terlalu banyak dibicarakan. Baginya, lebih baik berkongsi tentang perkembangan karier memandangkan sekarang ini dia sedang melebarkan sayap ke Amerika Syarikat.

Projek Sparkle merupakan kolaborasi Yuna bersama Samsung Malaysia Electronics bersempena perlantikannya sebagai ikon telefon pintar Galaxy Note. Kempen ini membolehkan peminat Yuna menghantar seberapa banyak idea / lakaran untuk penghasilan video muzik single berjudul ‘Sparkle’.

Sebanyak 3500 penyertaan telah diterima untuk kempen itu dan kini pembikinan video muzik itu telah pun selesai. Satu keistimewaan video muzik ini ialah dirakam  dan diedit sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

,