Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Liverpool pecat Kenny Dalglish

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish hari ini telah secara rasmi dipecat oleh pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC.

Beliau telah berangkat ke Amerika Syarikat pada hari Ahad untuk membentangkan laporan akhir musim kepada pemilik Liverpool, John W Henry dan Tom Werner.

Khabar angin bermula hari Selasa yang mengatakan tugasnya buat kali kedua di Anfield hampir tamat dan akan diumumkan secara rasmi pada hari Rabu.

Walaupun telah menjuarai Piala Carling dan sampai ke akhir Piala FA, prestasi Liverpool dalam liga sangat mengecewakan.

Kekalahan ke-14 musim ini di Swansea pada hari terakhir liga telah meletakkan kelab di tempat ke lapan. Prestasi terburuk Liverpool dalam 18 tahun dengan jumlah mata paling sedikit (52) sejak 1953/54.

Namun, terdapat juga peningkatan di bawah Dalglish yang pada awalnya membimbing pasukan secara sementara pada Januari 2011 dengan pasukan yang hampir di tempat tercorot liga selepas enam bulan yang buruk di bawah Roy Hodgson.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,