Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sham Kata Fitnah Tapi Nurul Kata Ya!

Kisah perkahwinan kedua Sham Kamikaze dengan Nurul Halimin ( kakak kepada Maulana – bekas pelajar Akademi Fantasia Kelapan – AF8) kini seolah menjadi misteri.

Sham yang aktif sebagai pendakwah bebas, telah menafikan beliau berkahwin lagi. Penafian dibuat melalu Facebook miliknya;

“Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.

“Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?” Katanya.

Namun, Nurul pula bertindak sebaliknya dengan menegaskan mereka telah berkahwin.

Berikut petikan Twitter Nurul, hat-hati dengan bahasa yang digunakannya. Dia meminta kepada seseorang (Suffian Jaafar) untuk membantunya mendapatkan sijil nikah dengan Sham.

Nurul adalah ibu tunggal beranak satu kelihatan agak tertekan dengan apa yang berlaku.

Namun, hendak percaya cakap siapa kini?

Di pihak Nurul tidak ada sijil nikah dan gambar perkahwinan, namun dia kelihatan bersungguh mengatakan ia berlaku. Di mana pernikahan berlaku pun tidak diketahui namun dikatakan ia telah dilangsungkan 16 Januari lalu.

Keluarga Nurul bagaimana pula tampil mengesahkan perkahwinan tersebut telah berlaku.

Sham Kamikaze pula mengatakan apa yang tersebar adalah fitnah.

Kalau Nurul hendak marah pun dia pun pasal lah, namun harus disebutkan di sini dia kena tampilkan bukti yang jelas untuk menyokong dakwaan dia.

Dan Sham sebagai pendakwah bebas pula harus lebih tahu, andai mereka telah berkahwin tapi menafikannya, maka rujuklah dengan yang  lebih arif, kerana ada kemungkinan boleh jatuh talak dengan penafian seumpama itu.

(Gambar: Sham bersama isterinya, Farazilla)

Apa pun, masa akan menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.

(Sumber: Nescafeais.com)

Comments

comments

,