Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

PTPTN dapat tambahan RM6 bilion

Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun ini dan tahun 2013.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet kelmarin memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
“Sehingga 29 Februari lepas, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion,” katanya di sini semalam.
Mohamed Khaled berkata, bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu daripada 185,966 tempat kepada 202,339 tempat.
“Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT terutamanya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam negara,” katanya.
Baguslah tu untuk masa depan budak-budak akan datang untuk sambung study. Nak buat camne yang dah pinjam suma tak nak bayar balik. kenala top up lagi.
(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

,