Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

I-Great Iqra’ untuk Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini berpeluang membantu pendidikan kanak-kanak yang tidak berkemampuan melalui pelan takaful pendidikan yang diperkenalkan Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB), I-Great Iqra’.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GETSB, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, pelan tersebut membolehkan para dermawan mencarum untuk tujuan kebajikan bagi anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

“Selain menggalakkan usaha-usaha kebajikan di kalangan masyarakat, pelan ini juga dibuka kepada saudara-saudara terdekat untuk ahli keluarga mereka, seperti datuk untuk membantu pendidikan cucu atau ibu saudara untuk anak saudaranya.

“I-Great Iqra’ turut membantu ibu bapa memastikan masa depan yang lebih cerah kepada anak-anak mereka dengan memberikan nilai pelaburan yang tinggi dan perlindungan serta fleksibiliti untuk memenuhi keperluan ibu bapa,” katanya pada majlis pelancaran pelan tersebut di sini semalam. 
Mohamad Salihuddin menambah, pelan itu juga menganugerahkan ganjaran kepada pemegang polisi untuk kecemerlangan dalam pendidikan. 
“Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari kos sebenar yang terlibat untuk menanggung keperluan dan perbelanjaan anak-anak yang sentiasa meningkat ekoran peningkatan kadar inflasi,
“Bagi mengurangkan bebanan ini, I-Great Iqra’ direka dengan komponen simpanan dan memberikan perlindungan takaful dalam menyediakan asas kukuh keperluan pendidikan anak-anak mereka di masa hadapan,” ujarnya. 
Okey nak diringkaskan:
Jika anda adalah ibu bapa yang selama ini tercari-cari pelan pendidikan yang mempunyai tempoh pendek dan nilai tunai yang tinggi, ini adalah pelan yang perlu anda perimbangkan.

Istimewanya Pelan ini adalah ;

1) Faedah Hilang Nyawa / Death Benefits
Jika anak yang dilindungi meninggal dunia, pemegang polisi akan mendapat nilai perlindungan yang telah dipersetujui.
2) Manfaat Hilang Upaya Kekal / Total Permenant Disablement
Jika anak yang dilindungi hilang upaya kekal, pemegang polisi akan mendapat nilai perlindungan seperti yang telah dipersetujui jumlahnya.
3) Anugerah Kecemerlangan / Excellent Achiever Rewards
Anak yang dilindungi jika berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam akan memperolehi hadiah daripada Great Eastern Takaful seperti jadual dibawah TANPA mengurangkan nilai tunai pelan takaful ini. Pelan Pendidikan BIASA akan mengurangkan nilai tunai untuk faedah hadiah kecemerlangan seperti ini.
Peperiksaan Keputusan Hadiah Tunai Maksimum
UPSR 3 A RM50 RM350
PMR 5 A RM50 RM450
SPM 5 A RM 50 RM500
STPM 3A RM100 RM500
STAM 8 Mumtaz RM50 RM500

4) Pilihan Perlindungan Tambahan
Kebanyakkan Pelan Pendidikan BIASA tiada perlindungan tambahan, tetapi tidak bagi pelan ini.
Pelan takaful ini akan menjadi PERCUMA sekiranya pemegang polisi meninggal atau menderita penyakit kritikal yang mana caruman yang menambahkan nilai tunai ini akan berlaku secara automatik.
Pelan takaful ini juga memberikan jumlah perlindungan jika anak ditimpa penyakit kritikal atau penyakit kritikal pada peringkat awal (ciri ini HANYA ada di Great Eastern sahaja)

5) Caj Tabarru’ yang rendah
Tidak seperti pelan pendidikan biasa yang diukur nilai risiko berdasarkan usia, pelan ini menjimatkan wang caruman anda kerana caj tabarru hanya RM1.41 setiap RM1,000 Basic Sum Assured TANPA mengira berapa pun umur anak semasa memohon perlindungan ini.
6) Pemilikan Pelan yang tidak terbatas
Tidak seperti pelan biasa yang mana anda sebagai ibubapa hanya layak memiliki pelan ini untuk anak anda sahaja, pelan ini memberi peluang yang lebih luas untuk anda menyediakan pelan pendidikan kepada anak-anak kecil yang anda rasa mempunyai keperluan. Anda kini boleh memiliki pelan pendidikan ini untuk anak buah anda, anak saudara, anak-anak yatim yang sudah kehilangan ibu atau bapa dan sebagainya.
7) Nilai Tunai Tinggi Untuk Tabung Pendidikan
Pelan ini mempunyai tempoh maksimum selama 25 tahun. Contoh sekiranya anda berusia 30 tahun mengambil pelan untuk anak anda yang berusia 1 tahun dengan tempoh pelan adalah 20 tahun, nilai Jumlah Perlindungan adalah RM50,000 dengan caruman bulanan hanya RM100. Projection CASH VALUE pada usia anak 20 tahun adalah RM37,787.

Berminat boleh hubungi saya di sini

Pertanyaan lanjut boleh lawati www.greatakaful.com 

Comments

comments

,