Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Whitesnake Live di Donington 1990

Bersempena dengan konsert Whitesnake yang akan diadakan bulan Oktober ini. Aku ceritakan konsert yang aku rasa agak best antara konsert Whitesnake yang lain. Bersempena juga dengan keluaran terbaru dari “Whitesnake iaitu Live at Donninton 1990′ DVD. All right, I ain’t wasting no more time.. here i go again..

Poster Monster of Rock 1990

Konsert telah diadakan pada 18 Ogos 1990 tetapi DVD rasmi hanya berjaya dikeluarkan pada 3 Jun 2011 iaitu 21 tahun selepas itu. Begitulah keistimewaan DVD yang dikeluarkan oleh Whitesnake chronicles ini. Konsert ini dirakamkan bersempena Festival Monster of Rock edisi ke sembilan yang diadakan di Castle, Donnington Raceway Derbyshire UK. Whitesnake menjadi band utama untuk festival ini selain band Thunder, Aerosmith, Quireboys dan juga Poison.

Tiket Konsert

Keistimewaan konsert ini ialah Whitesnake dianggotai oleh pemuzik yang berkaliber seperti Adrian vanderberg (the flying dutchman), Steve Vai (ex-alcatraz), Rudy Sarzo (ex-Quiet Riot) dan Tommy Aldrige (ex-GaryMoore). Boleh dikatakan ini adalah line-up terbaik dari yang terbaik untuk Whitesnake. Konsert ini disaksikan lebih 70,000 penonton.

Bagaimanapun, Majalah Kerrang pada keluaran edisi ke 304 mengkritik hebat persembahan Whitesnake pada malam itu terutamanya persembahan David Coverdale yang dikatakan agak membosankan. Mereka memuji persembahan dari Steve Vai yang menyelamatkan persembahan malam itu.

Cover Kerrang

Video ini pada mulanya dikeluarkan dalam bentuk bootleg iaitu rakaman penonton sekitar 1990an dahulu. Kualiti gambarnya agak kurang memuaskan kerana sesetengah rakaman di buat dari skrin layar besar. Audio CD juga pernah dikeluarkan untuk konsert ini. Rakaman audio ini adalah lebih baik dari rakaman video sebelumnya.

Cover Bootleg

Audio CD

Akhirnya seteleh sekian lama menanti DVD dengan kualiti gambar dan audio yang terbaik dari simpanan khazanah yang setelah sekian lama terkubur sejak 21 tahun yang lalu berjaya diterbitkan juga. Dvd ini adalah permintaan dari peminat2 Whitesnake sejak sekian lama.

Video Rasmi DVD/CD

Senarai lagu seperti dibawah.

01. Slip Of The Tongue
02. Slide It In
03. Judgement Day
04. Slow An Easy
05. Kitten’s Got Claws
06. Adagio For Strato
07. Flying Dutchman Boogie
08. Is This Love
09. Cheap An’ Nasty
10. Crying In The Rain (featuring Tommy Aldridge drum solo)
11. Fool For Your Loving
12. For The Love Of God (Steve Vai)
13. The Audience Is Listening
14. Here I Go Again
15. Bad Boys
16. Ain’t No Love In The Heart Of The City
17. Still Of The Night
18. Bonus content: The Making of Slip of the Tongue; Slide Show

Aku rasa bagi peminat2 fanatik Whitesnake elok sangat lah menonton dulu konsert ini sebelum kita berjumpa dengan David Coverdale secara live tidak lama lagi!

Rock on!!

(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

comments