Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tolong hormat pemilik stesen minyak, jangan ceroboh atau panjat pagar – Yuna

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/netizen-umpamakan-fesyen-dengan-kek-lapis-tapi-ini-jawapan-cool-yuna-204694BERCAKAP sahaja mengenai lagu Forevermore nyanyian Yuna, sudah pasti ramai yang akan mengingati video muzik serta lokasi penggambaran video tersebut.

Lokasi yang paling memberi impak dalam muzik video berkenaan ialah sebuah stesen minyak lama di Kangar, Perlis.



Sehingga kini, stesen minyak itu telah menjadi perhatian orang ramai yang berkunjung untuk mengambil gambar.

Namun, apa yang menjadi masalah apabila wujud sesetengah orang awam yang sanggup memasuki kawasan itu dengan cara memanjat pagar stesen berkenaan.

Hal itu membuatkan, pemilik stesen minyak terbabit meluahkan kekesalannya menerusi Twitter dan pada masa sama meminta Yuna untuk membantunya.

“Hi Yuna, saya pemilik stesen minyak dalam video muzik you. Saya perlukan pertolongan anda, jika orang ramai nak datang ambil gambar tolonglah jangan panjat pagar kami. Seorang buat pasti yang lain ikut,” katanya.





Lokasi yang paling memberi impak dalam muzik video berkenaan ialah sebuah stesen minyak lama di Kangar, Perlis.

Pemilik stesen minyak meminta tolong Yuna untuk memberitahu peminatnya supaya tidak memanjat pagar.Menyedari situasi terbabit, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis  Mat Zara’ai, 32, menasihatkan orang ramai yang ingin berkunjung ke stesen minyak berkenaan supaya menghormati pemilik terbabit.

“Tolong hormat pemilik stesen minyak dan jangan menceroboh atau panjat pagar. Peace & love!,” katanya.Terkini, video muzik Forevermore telah mencecah jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta kali sejak ia dilancarkan.



,