Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Play-off kelayakan Piala Dunia: Halim, Rodney digugur

Image result for Halim Saari dan Rodney CelvinAbdul Halim Saari dan Rodney Celvin Akwensivie digugurkan.

Itu keputusan jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, yang menggugurkan kedua-dua pemain tersebut bagi memenuhi slot 23 pemain untuk play-off kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

Atas faktor kecederaan, pemain tengah Selangor, Halim, harus akur apabila namanya tidak disenaraikan menjelang aksi sebenar di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.




Mengikut jejak Halim, hasrat pertahanan, Rodney, yang mahu membuat penampilan sulung atas kapasiti pemain kebangsaan tidak menjadi kenyataan apabila namanya turut tidak berada dalam senarai pilihan.

“Halim ditimpa masalah pangkal paha dan kelihatan tidak sempat pulih untuk aksi esok dan timbal balik (Selasa).

“Atas nasihat doktor, kami tidak mahu merisikokannya,” ulas Cheng Hoe.

Pengendali skuad kebangsaan itu memberi alasan bahawa keputusannya mengekalkan Dominic Tan atas dasar pengalamannya di pentas antarabangsa berikutan kerap menjadi taruhan skuad B-23 kendalian Datuk Ong Kim Swee jika dibandingkan dengan Rodney.





“Dominic bermain baik dalam kempen kelayakan Kejohanan AFC B-22.

“Dia mempunyai ketenangan dan berpeluang besar untuk tampil dalam skuad senior,” tambahnya.

Pemilihan dalam misi negara kali ini membawa amanat besar buat Malaysia untuk layak ke peringkat seterusnya selain ia merupakan tugasan kedua Cheng Hoe selepas saingan Piala AFF 2018.



,