Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

La Liga nafi langgar peraturan data peribadi

MADRID: Agensi Perlindungan Data Peribadi (AEPD) Sepanyol mendenda La Liga sebanyak 250,000 euro (AS$283,000) kerana didapati secara tidak sengaja memberitahu pengguna satu program dalam aplikasi yang dibangunkan mereka boleh mengaktifkan mikrofon telefon pintar dan boleh memantau lokasi setiap penggunanya.

Bagaimanapun La Liga menafikan mereka melanggar peraturan berkenaan sebaliknya mendakwa aplikasi program berkenaan dibangunkan dan dilancarkan selepas mematuhi semua undang-undang.




“La Liga sama sekali tidak setuju dengan penalti yang dikenakan, kami menolak semua dakwaan berkenaan dan keputusan AEPD jelas menunjukkan mereka tidak memahami bagaimana sesuatu teknologi berfungsi,” kata La Liga menerusi kenyataan hari ini.

“Kami akan cabar dakwaan itu di mahkamah bagi membuktikan betapa setiap tindakan kami adalah selaras dengan undang-undang negara,”.

Difahamkan aplikasi itu sudah dimuat turun sebanyak 10 juta kali oleh pengguna.





La Liga menyatakan bahawa teknologi itu dibangunkan bagi mengekang kegiatan cetak rompak yang lazimnya menyebabkan mereka hilang pendapatan komersial dan pengiklanan sebanyak kira-kira 400 juta euro (RM1.6 bilion) setiap tahun.

Bagaimanapun, teknologi berkenaan tidak membenarkan penggunanya bercakap menggunakan telefon pintar mereka.

La Liga juga mencabar peraturan AEPD dengan dakwaan mereka sebenarnya menghalang ketelusan kerana semua pengguna sudah diingatkan dua kali sebelum mengaktifkan penggunaan mikrofon mereka dalam aplikasi berkenaan. – Reuters