Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Angkara budak-budak main api, Kereta dan motosikal musnah terbakar

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, kereta yang musnah adalah jenis Toyota Avanza EMPAT kenderaan termasuk dua motosikal musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada kanak-kanak bermain api dalam kejadian garaj kenderaan kuarters kastam di Bandar Sultan Sulaiman, di Pelabuhan Klang, semalam.




Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dan Perodua Axia selain motosikal Modenas dan Yamaha FZ musnah dalam kebakaran berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Samsul Maarif Saibani berkata, seramai 11 anggota dan pegawai serta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal mendapati kebakaran bermula di sebuah pondok Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) yang terletak bersebelahan garaj berkenaan.





“Difahamkan, sebelum kejadian terdapat kanak-kanak bermain api di sekitar pondok berhampiran garaj.

“Kebakaran yang memusnahkan dua kenderaan dan dua motosikal itu berjaya dikawal pada 12.51 tengah hari,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.